BINTANG DAN PERMATA

Cover
Ana Muslim Sdn Bhd, 2009 - 128 Seiten

Siri Novel Ana Solehah - Bintang Dan Permata

Kebahagiaan itu memang dijanjikan dalam hidup, tetapi bukan bermakna kita akan sentiasa bahagia sepanjang hayat. Dugaan dan cabaran akan sentiasa merentangi sungai kebahagiaan. Maka teruskan usaha untuk mencari perahu penyelesaian agar anda selamat daripada dihanyutkan oleh arus penyesalan. 


      * * *

Ana meletakkan tangannya di atas bahu Idah.

“Kenapa Idah kata macam tu?” soal Ana.

“Entah kenapa, Idah rasa macam tak yakin dengan diri Idah. Sedangkan sebelum ini, Idah berkobar-kobar untuk menyanyi dan menyertai pertandingan tu,” balas Idah tanpa memandang wajah Ana.

“Apa Idah nak buat, Ana? Ana ajar Idah menyanyi boleh tak?”

Ana terkejut dengan permintaan Idah itu. Namun dalam hatinya, dia berasa lucu mendengar permintaan tersebut kerana Ana berasakan dia bukanlah orang yang layak untuk membimbing Idah menyanyi.

 

Inhalt

Ku Sujud KepadaMu
95
Semoga Berjaya
109
Yang TerbaikBuatmu
119
Urheberrecht

Andere Ausgaben - Alle anzeigen

Bibliografische Informationen